Tuesday 15 November 2011

pengenalan gunung kinabalu dan sejarahnya



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Pembentukan

Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar [4].
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

    Ciri Fizikal
    Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel
     iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.
    lagenda
    Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki. Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka. Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun. Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos "naga" yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak. Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu. Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar "Bobohizan" akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam. Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Monday 14 November 2011

keindahan alam semesta

Astronomi, seolah-olah satu perkataan yang kecil. Tetapi ini adalah satu perkataan yang mengandungi alam semesta. Ia begitu, saya memanggil ia seolah-olah satu perkataan kecil dalam ayat yang pertama. Astronomi adalah sains yang indah, ia adalah perkara yang menarik minat semua orang. Jika anda berfikir tentang sistem solar, galaksi dengan semua yang UFO yang sangat menarik.Jadi, saya paparkan imej-imej ini untuk pos sains yang indah.





teleskop hubble


sedikit maklumat dan pengenalan mengenai alam semesta

Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat pepejal, atau tidak dapat dilihat udara. Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.
Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.
Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.
Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.




Gambar-gambar yang mempesona ini diambil oleh teleskop ruang angkasa Hubble yang sudah diperbaiki. Gambar-gambar ini merupakan foto-foto pertama yang berhasil merakam angkasa luar dengan jelas sejak misi perbaikan dan juga merupakan gambar-gambar yang paling tajam jika dibandingkan dengan gambar-gambar yang berhasil dirakam oleh satelit-satelit lain yang mengorbit bumi.

pengenalan alam semula jadi

Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:
  • pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
  • pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
  • pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;
  • perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
  • pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
  • penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan.
  • Perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.

menyayangi alam semulajadi

sebutir kata:
Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya..bersama-sama kita menjaga dan memulihara alam sekitar.

alam semulajadi ciptaan Tuhan

Pagi tadi selepas selesai menunaikan solat Subuh, Ana dan Usrahmate yang lain berjalan disekitar kawasan tasik sambil berkongsi sedikit pengisian. Semuanya berkisar tentang alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah Ali Imran;

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Ali Imran/3:190-191)

Setiap kurniaan Allah dimuka bumi ini ada tujuannya. Setiap yang Allah jadikan itu tidak pernah sia-sia. Pasti ada rahsia dan hikmah yang tersembunyi yang perlu kita terokai, hayati dan renungi. Bumi ini Allah hadirkan buat sekalian manusia dengan keunikannya yang tersendiri. Malam bertukar ganti dengan siang. Cerah berselang-seli dengan mendung. Di Ireland, buat masa ini malamnya lebih panjang daripada waktu siang.

Ini perkongsian dari usrahmate2 ana;(telah diubahsuai dan ditambah sedikit)

Perubahan musim untuk berfikir
"Kalau kita tengok, musim sekarang dah mula berubah.Daun dah banyak gugur. Dari musim panas, masuk musim luruh. Lepas ni, kita masuk winter pula. Kalau kita fikir2 balik, alam ni kan berubah-ubah. Macam mana pula dengan diri kita? Adakah masih sama atau berubah seiring dengan masa yang kian berlalu? Atau adakah masih sama seperti dulu?"

Teringat ana pada satu pepatah Inggeris,"One thing that is constant in life is change". Perubahan itu sentiasa berlaku. Sama ada kita sedar atau tidak, apa yang kita lakukan dari hari ke hari pasti akan berbeza walau cuma sedikit. Yang penting adalah kearah mana perubahan itu. Adakah kearah yang lebih baik atau sebaliknya. Nasib seseorang itu tidak akan diubah melainkan dia dahulu berusaha untuk mengubah dirinya sendiri. Selebihnya terserah pada ketentuan Allah Yang Maha Pemgasih Maha Penyayang.

Alam itu sentiasa bertasbih

"Apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi senantiasa bertasbih kepada Allah.."
(62:1)

Setiap saat apa yang wujud di alam ini berzikir mengingati Penciptanya. Daun2 yang berada disekeliling kita bertasbih mengagungkan Allah SWT. Rumput yang tumbuh melata ditanah juga berzikir pada Allah. Kalaulah antum semua kena solat di tengah2 padang yang lapang seorang diri, pasti antum rasa kekok. Ana sendiri akan rasa pelik kalau solat seorang diri di tengah2 padang. Namun, berbalik pada ayat tadi, kita tidak sepatutnya rasa keseorangan dan pelik kerana sememangnya alam itu sendiri bertasbih setiap waktu. Sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Semoga kewujudan alam itu mengingatkan kita pada Allah Yang Satu. InsyaAllah.

Sekian, setakat ini perkongsian ana buat kali ini. Terima kasih buat semua yang sudi menziarahi blog ana yang tak seberapa ini. Doakan ana berterusan menulis. Moga mendapat manfaat bersama. InsyaAllah. Akhir sekali buat ana sendiri dan semua,
JAGA IMAN, JAGA AMAL, JAGA AKHLAK

keindahan alam tanggungjawab kita

Ciptaan alam semesta yang penuh dengan keindahan semulajadi sememangnya mengagumkan. Walaupun banyak bangunan-bangunan baru dibina di bandar-bandar untuk memenuhi keperluan manusia namum masih ramai yang memilih untuk membina tempat kediaman mereka di bukit-bukit yang berhampiran dengan hutan semulajadi.
Air terjun semulajadi

Ini menunjukkan bahawa keindahan baru rekaan manusia tidak dapat memberikan kepuasan dan ketenangan kepada jiwa manusia sepertimana keindahan alam semulajadi.
Ini dikuatkan lagi bilamana ramai penghuni kediaman di apartmen dan kondo menyediakan satu sudut dari tempat tinggal mereka untuk menanam bunga, tidak kurang juga yang memasang air-terjun tiruan untuk mengujudkan suasana alam semulajadi.
Lebih mengagumkan bilamana mereka yang tinggal di flat kos rendah akan meletakkan pasu-pasu bunga di beranda kediaman mereka untuk mengujudkan keindahan semulajadi.  Mereka merasakan suatu kepuasan bila dapat melihat keindahan bunga yang mereka tanam.
Begitu hebatnya penciptaan alam sehingga keindahan semulajadi tidak terhad kepada kehidupan di daratan sahaja bahkan keindahan di dalam laut juga menjadi tarikan kepada manusia.
Keindahan alam semulajadi di dalam lautan menjadi pendorong kepada manusia untuk mencipta peralatan yang membolehkan mereka menjelajah sehingga ke dasar lautan yang dalam.
Tidak puas menjelajah dan menikmati keindahan di dalam lautan manusia sanggup membina akuarium yang menyerupai keindahan di dalam lautan. Terdapat juga akuarium yang dibina di dalam laut untuk menghasilkan pandangan semulajadi. Ini membuktikan bahawa manusia mempunyai naluri yang menyukai keindahan alam semulajadi.
Bagaimanapun keindahan semulajadi di atas mukabumi dan di dalam laut akan tinggal menjadi sejarah sekiranya kita semua tidak mengambil langkah proaktif dalam membendung pencemaran alam yang semakin menjadi-jadi akibat daripada pembuangan sisa industri yang tidak terkawal.
Kejadian pembuangan sisa toksik haram yang berlaku di Simpang Rengam dan Segamat beberapa tahun lepas sepatutnya membuka mata pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam membendung perbuatan sebegini.
Sebagai individu dan rakyat yang bertanggungjawab kita patut lebih prihatin dan bersedia membantu pihak bertanggungjawab dalam membenteras kegiatan haram sebegini.
Kita tidak mahu kegiatan tidak bertanggungjawab seperti ini berlarutan sehingga menjejaskan kualiti alam dan kehidupan anak-cucu kita di masa hadapan.

keindahan alam

cuba anda tatapi gambar pada paparan ini....kemudian cuba anda bayangkan sekiranya pencemaran yang berleluasa tidak dapat dikawal,apakah yang terjadi kepada alam sekitar kita????pencemaran air,udara dan sebagainya.