Monday 14 November 2011

alam semulajadi ciptaan Tuhan

Pagi tadi selepas selesai menunaikan solat Subuh, Ana dan Usrahmate yang lain berjalan disekitar kawasan tasik sambil berkongsi sedikit pengisian. Semuanya berkisar tentang alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah Ali Imran;

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Ali Imran/3:190-191)

Setiap kurniaan Allah dimuka bumi ini ada tujuannya. Setiap yang Allah jadikan itu tidak pernah sia-sia. Pasti ada rahsia dan hikmah yang tersembunyi yang perlu kita terokai, hayati dan renungi. Bumi ini Allah hadirkan buat sekalian manusia dengan keunikannya yang tersendiri. Malam bertukar ganti dengan siang. Cerah berselang-seli dengan mendung. Di Ireland, buat masa ini malamnya lebih panjang daripada waktu siang.

Ini perkongsian dari usrahmate2 ana;(telah diubahsuai dan ditambah sedikit)

Perubahan musim untuk berfikir
"Kalau kita tengok, musim sekarang dah mula berubah.Daun dah banyak gugur. Dari musim panas, masuk musim luruh. Lepas ni, kita masuk winter pula. Kalau kita fikir2 balik, alam ni kan berubah-ubah. Macam mana pula dengan diri kita? Adakah masih sama atau berubah seiring dengan masa yang kian berlalu? Atau adakah masih sama seperti dulu?"

Teringat ana pada satu pepatah Inggeris,"One thing that is constant in life is change". Perubahan itu sentiasa berlaku. Sama ada kita sedar atau tidak, apa yang kita lakukan dari hari ke hari pasti akan berbeza walau cuma sedikit. Yang penting adalah kearah mana perubahan itu. Adakah kearah yang lebih baik atau sebaliknya. Nasib seseorang itu tidak akan diubah melainkan dia dahulu berusaha untuk mengubah dirinya sendiri. Selebihnya terserah pada ketentuan Allah Yang Maha Pemgasih Maha Penyayang.

Alam itu sentiasa bertasbih

"Apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi senantiasa bertasbih kepada Allah.."
(62:1)

Setiap saat apa yang wujud di alam ini berzikir mengingati Penciptanya. Daun2 yang berada disekeliling kita bertasbih mengagungkan Allah SWT. Rumput yang tumbuh melata ditanah juga berzikir pada Allah. Kalaulah antum semua kena solat di tengah2 padang yang lapang seorang diri, pasti antum rasa kekok. Ana sendiri akan rasa pelik kalau solat seorang diri di tengah2 padang. Namun, berbalik pada ayat tadi, kita tidak sepatutnya rasa keseorangan dan pelik kerana sememangnya alam itu sendiri bertasbih setiap waktu. Sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Semoga kewujudan alam itu mengingatkan kita pada Allah Yang Satu. InsyaAllah.

Sekian, setakat ini perkongsian ana buat kali ini. Terima kasih buat semua yang sudi menziarahi blog ana yang tak seberapa ini. Doakan ana berterusan menulis. Moga mendapat manfaat bersama. InsyaAllah. Akhir sekali buat ana sendiri dan semua,
JAGA IMAN, JAGA AMAL, JAGA AKHLAK

No comments:

Post a Comment