teleskop hubble
sedikit maklumat dan pengenalan mengenai alam semesta
Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.
Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.
Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.
Gambar-gambar yang mempesona ini diambil oleh teleskop ruang angkasa Hubble yang sudah diperbaiki. Gambar-gambar ini merupakan foto-foto pertama yang berhasil merakam angkasa luar dengan jelas sejak misi perbaikan dan juga merupakan gambar-gambar yang paling tajam jika dibandingkan dengan gambar-gambar yang berhasil dirakam oleh satelit-satelit lain yang mengorbit bumi.
No comments:
Post a Comment